Monday, May 9, 2011

Kedai Makcik dalam kampung

Assalamualaikum,

Salam perkenalan, blog tertubuh atas gesaan kawan-kawan yang sama-sama berjalan cari kedai makan. Oleh kerana keboringan makan di kafe tempat kerja.

Nama Restoran  : Restoran Tapak Sulaiman.
Cadangan : Abang Syahman
Lokasi : Kawasan Kampung (Area Kampung Limau Manis, Bangi)

Setelah sesat mencari jalan ke lokasi restoran, perasaan puas hati amat terasa. Kena pulak disajikan dengan lauk pauk masakan kampung. Seolah-olah makan di kampung.

Walaupun duduk di meja yang senget, tapi kitaorang berselera gila makan.

Perasmian oleh Dato' Iznor

Abang Syahman penuh selera

Ketam masak lemak cili api

Takda presentation ala-ala hotel..tapi pergghh sedaap!!


Muka kenyang dan puas hati
  1. Ketam masak lemak cili api
  2. Ayam masak sambal (ala-ala masakan minang)
  3. Ikan goreng
  4. Air Teh-o ais, teh-o ais limau, dan limau suam.
Apa yang menarik tentang restoran ni, datang-datang jer tak payah order nak makan apa. Kita duduk jer, menu adalah sama jer dengan orang lain makan. Seolah-olah macam kita datang rumah orang, apa orang hidang kita sebat....yang penting sedapppp...

admin 9Mei2011